Ramai ibu muda yang baru melahirkan anak akan rasa gelisah dan tertekan sekiranya susu mereka tidak keluar atau terlalu sikit. Pada permulaannya, kolestrum yang akan keluar dan ibu perlu memastikan anak mereka mendapat semua kolestrum tersebut untuk membentuk antibodi yang kuat. Kemudian, barulah susu akan mengalir keluar. Sekiranya susu yang keluar tidak sebanyak yang kita fikir kan, jangan lah putus asa dan bersedih kerana itu mungkin rezeki buat anak kita. Tetapi jika anda buat langkah-langkah dibawah ini, insyaAllah akan bertambah lah rezeki buat si anak kecil.
Langkah dan cara untuk memperbanyakkan susu badan
1. Kerapkan Menyusu
Susukan
bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur
lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula,
kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih
daripada 4 - 5 jam.
2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada
sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk
bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara
sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja
keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa
tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu
penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda
menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika
anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi
kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Menyusu Lebih Lama
Jangan
hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan
dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu
di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk
mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat
menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana
hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk
tumbesarannya.
4. Penyusuan Dua kali
Selepas
anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di
dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia
semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih
banyak susu.
5. Bogelkan Bayi
Sewaktu
menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit
membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan
kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan.
Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.
6. Penyusuan Malam
Amalan
menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang
peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks
lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam
turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan
lebih banyak susu.
7. Penyusuan Baby Sling
Bayi
memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia
boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di
antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda
terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih
baik.
8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika
menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah
ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara
waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang
menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk
mengeluarkan lebih banyak susu.
9. Urutan
Teknik
urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting.
Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam
di dalam sir suam.
10. Minum Air
Pastikan
anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan
susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan
setiap hari.
11. Supplement tambahan
Sekiranya anda memerlukan makanan tambahan untuk membuat susu menjadi banyak, tidak salah kiranya anda mencuba. Terdapat pelbagai makanan tambahan untuk membuatkan susu keluar dengan banyak.
Sekiranya anda memerlukan supplement sebagai milkbooster, kami ada menawarkan set penyusuan mengikut kemampuan anda.
Sila hubungi kami untuk konsultansi percuma di 0149132617
(call/sms/whats app)
No comments:
Post a Comment