Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus.
Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran
sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah.
Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan
Vitamin D di dalam badan.
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi
kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti
keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di
dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah
berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak
seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan
jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber
kolesterol ini.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan
berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang
serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan
membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan
kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang
dikenali sebagai lipoprotein. Apabila
terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini
akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Sila Hubungi saya di 0149132617 (call/sms/whats app)
Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah
kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir
dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan
menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.
Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit,
ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia
akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit
jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah
menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam
badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau
arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri
menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah,
malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini
akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.
Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia.
Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh
membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah
dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan
makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di
dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol
tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol
di dalam badan.
mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.
Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di
dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian
sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar
pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu
anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.
Untuk mengurangkan kolesterol dalam badan anda boleh juga mencuba Omega Guard/Alfalfa complex dan Lecithin. Ia juga dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah yang boleh menyebab kan strok !
No comments:
Post a Comment