Tips
ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan.
Sepertimana dengan tip-tip lain, tiada satu pun akan menjamin 100%
keberkesanannya.
Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tip ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.
XY, XX
Para
suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak.
Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya
membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak
perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.
Ciri-Ciri X dan Y
X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid
Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali
Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki [ XY ]
1.Makanan
yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman
bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut
adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3.
Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching
’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml. Air bikarbonet
dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan
persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari
farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial
insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau
menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah
disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah
tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak
lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila
melahirkan anak perempuan.
Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan [ XX ]
1.Digalakkan
memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air
minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2.
Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation).
Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh
dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan
Kemandulan’
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita
merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang
ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment