Pages

Wednesday 4 December 2013

Diabetes ketika hamil - Punca dan Kesan

Setiap wanita yang hamil mungkin akan terkena penyakit diabetes. Walaubagaimana pun, diabetes ketika hamil akan hilang selepas melahirkan anak. Saya juga pernah mengalami nya ketika mengandungkan anak pertama. Ia mungkin akan kembali ketika mengandung anak kedua jika tidak menjaga kesihatan dengan betul. 

Diabetes Melitus Gestational adalah keadaan serius yang berlaku pada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes. Diabetes kehamilan akan menyebabkan kadar gula darah menjadi tinggi yang dapat menimbulkan masalah dan mengancam kesihatan bayi yang belum dilahirkan. Bagi memastikan kehamilan yang sihat bagi ibu dan anaknya ibu mestilah menjaga kadar gula yang normal sepanjang tempoh kehamilanya. Pada kebiasaanya  diabetes ini akan hilang setelah ibu melahirkan.

Ciri-ciri wanita yang mempunyai potensi untuk menghidap penyakit diabetis waktu hamil ialah:
  • Mempunyai ahli keluarga terdekat menghidap penyakit kencing manis.
  • Wanita yang kerap mengalami keguguran
  • Wanita yang pernah melahirkan anak terlalu besar.
  • Wanita yang pernah mengalami masalah semasa  bayi dalam rahim atau bayi mati sebaik sahaja dilahirkan.
  • Wanita yang terlalu gemuk  atau obesiti iaitu melebihi had BMI
  • Wanita yang pernah melahirkan anak cacat.
Simptom-simptom kencing manis waktu hamil adalah seperti berikut:
  • Sentiasa dahaga
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kualiti yang banyak
  • Kerap kencing
  • Keletihan tanpa sebab
  • Penglihatan kabur
Kesan Diabetes dalam kehamilan adalah seperti berikut:
  Ibu
  • Risiko tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi atau lebihan protein dalam air kencing
  • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada faraj
  • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan  pada luka bersalin dan luka bersalin lambat sembuh
Bayi
  • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
  • Saiz bayi terlau besar menyebabkan ibu sukar untuk menjalani proses kelahiran bayi tersebut
  • Bayi yang dilahirkan kemungkinan mengalami kecacatan
  • Bayi berisiko untuk hipogli
  • Sakit kuning (Juandice)
  • Bayi sukar bernafas
  • Kelahiran bayi pra matang
  • Gula dalam darah rendah selepas dilahirkan
  • Bayi mudah mendapat obesiti dan kencing manis semasa mereka dewasa nanti
Cara merawat kencing manis ketika hamil adalah seperti berikut:
  • Sentiasa memastikan paras glokosa dalam darah anda sentiasa berada dalam keadaan normal (perlu memantau secara idea 4 hingga 6 kali sehari)
  • Mengubah tabiat pemakanan anda. (Kebiasaanya doktor akan biasanya akan menasihati anda untuk mengikut pelan pemakanan yang sesuai untuk penghidap kencing manis waktu hamil)
  • Meningkat aktiviti fizikal supaya para glokosa dalam darah yang tinggi dapat dikurangkan
  • mengamalkan tabiat suka bersenam di dalam kehidupan harian
Pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah seperti berikut:
  • Mengambil karbohidrat kompleks(bijirin,kekacang,peas,sayur-sayuran dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan,sayur-sayuran,legum roti gandum tulen dll)
  • Memantikan diet yang rendah lemak terutama lemak temu(mentega,daging berlemak,krim dll)
  • Elakkan makanan bergoreng
  • Elakkan makanan bergula yang tinggi kandungan gulanya(ais krim & kek)

Dengan pengambilan supplement yang betul ketika hamil dapat menghindarkan diri anda dari terkena diabetes. Saya cadangkan pada semua ibu hamil untuk mengambil Set Kehamilan yang terdiri daripada :-
1.Vitalea
2.Vitamin C Plus
3.B-complex
4.Ostematrix

Untuk pembelian hubungi saya sekarang. 0149132617 call/sms/whats app

No comments:

Post a Comment