Pages

Friday 11 October 2013

Jangan Minum Air sambil Berdiri!

CopyPaste from NurHafiza Fadzil
 
Siti Norsyawal wrote :

jangan minum air sambil berdiri!!

Dalam sebuah kajian kesihatan akupuntur yang dibuat oleh sekumpulan ahli akupuntur, membuktikan bahwa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik berbanding minum sambil berdiri. Ini kerana air yang kita minum ketika duduk akan disaring dengan sempurna oleh pos-pos penyaringan yang berada di buah pinggang.

Sebaliknya, jika kita minum air sambil berdiri, air yang kita minum itu masuk terus tanpa disaring lagi kerana pos-pos penyaringan hanya terbuka ketika fizikal badan kita dalam keadaan duduk. Sebaliknya jika kita minum sambil berdiri, pos-pos penyaringan tertutup dan oleh itu air akan terus menuju ke pundi-pundi kencing. Ketika air itu terus menuju ke pundi-pundi kencing, lalu terjadilah pemendapan yang mewujudkan kristal, seterusnya menyebabkan penyakit batu karang yang boleh merosakkan sistem buah pinggang. Bayangkan jika ia berterusan, buah pinggang rosak dan korang perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu yang begitu memeritkan, menyusahkan dan memerlukan kos yang tinggi.

Kerana bahayanya minum sambil berdiri itulah maka Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya minum sambil berdiri:

i) Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya baginda melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” baginda menjawab: “Itu lebih buruk lagi”.
(Hadis riwayat.Muslim dan Turmidzi)

ii) Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kamu minum sambil berdiri ! Jika kamu lupa (minum sambil berdiri), maka hendaknya ia dimuntahkan !” (Hadis riwayat. Muslim)

No comments:

Post a Comment